Homestay Kg Temenin Baru: Part 3
23:22:00Bila semua dah selesai makan, aku dengan zul pun bergerak la pergi ke dewan untuk aktiviti buat batik yang dahulunya adalah seni terkenal orang dulu-dulu. Sekarang pun terkenal juga, tpi orang ramai buat untuk jual sebab mahal harganya. Agak sedih sebab ramai budak-budak muda yang tak tau batik tu apa? Macam mana nak buat? Walaupun kami tau batik tu apa dan nak buat macam mana, tapi still nak belajar cara yang betul macam mana nak membuatnya. Kene experience la semua ni baru la syokk!
![]() |
| Ketua kampung tu. Jangan main-main |
![]() |
| Alatan nak mewarna batik. |
![]() |
| Dah pening nak betul ke tak letak warna. HAHA |
|
|
![]() |
| Pementasan tanpa penontot |
![]() |
| Semestinya bukan aku punya batik ni. |
![]() |
| Rindu hangpa semua! |
Gambar atas tu kami sedang warnakan batik yang dah siap dicorakkan oleh orang kampung. Beberapa orang sedang mewarnakan batik tu termasuk aku sendiri, hahaha mula-mula memang agak susah sebab nak buat tone warna lagi ingat senang ke? Nasib ayah aku orang seni ada la sikit-sikit kesenian didalam jiwa aku haha. Ada junior aku buat lagi cantik dan memang orangnya cantik, tak heran la kan. Bila semua dah siapkan mewarna batik masing-masing, tiba masanya batik tersebut dijemurkan dia atas rumput yang agak kering dek lama dah tak hujan di bumi Kota Tinggi ni.
Bila dah kering batik tu nanti, boleh la bawak balik as a souvenir for each of us. First day dah dapat batik, second day dapat apa la lagi. Aktiviti membatik ni adala lebih kurang 1 jam 40 minit sebab banyaknya depa ni sambil warna batik sambil sembang la, main-main la, macam-macam la. Kene la pretend jadi budak-budak kalau tak, budak kampung tak ngam dengan kitorang tau. After batik's activity, tibala masanya free and easy untuk keliling kampung menggunakan basikal. Tapi sesetengah dari kami untung sebab ada motor . Untunglah! Tapi tak apa, aku tetap nak naik basikal baru feel kekampungannya. Panas satu hal, kawasan berbukit dua hal, kayuh basikal pulak tiga hal! Sabar lah wahai diri sesungguhnya orang yang berbasikal tu boleh membakar lemak secara tersembunyi. Yang naik moto semua badan bam bam hahaha.
![]() |
| Muka semua epik. haha |
![]() |
| Ni la lecturer kami. Comel molek je orangnya. Masih single lagi. |
![]() |
| Kg Temenin memang dekat dgn bukit. So Memang sejuk tempat ni! |
![]() |
| Syahar, hang bawak motor elok-elok sikit. Anak orang belakang tu. |
![]() |
| Sini memang nyaman! |
Dalam perjalanan nak ke kunang-kunang tu aku terfikir, aku rasa mcam nak beli snack food konon-kononya dalam wayang la. Hajat je tpi x kesampaian nak buat sebab takut kene kecam dgn junior. Depa tu bukan leh tngok org perangai pelik-pelik, mula la nak bahan la apa la.
Nak cerita sikit pasal Kota Tinggi Firefly Park ni. Tempat ni dah lama beroperasi dan pengusahanya adalah orang cina. Family business la katakan, so semua anak dia uruskan. Mula-mula boat dia x banyak macam sekarang dan mengikut permintaan pegunjung, mereke terpaksa la tambah speed boat sebab orang terlampau ramai nak tngok serangga yang berpungkok kan lampu(firefly). One of attraction that you can get here is Kota Tinggi Firefly. Mesti cuba sebab kawasannya sangat lah tenang sampi ada yg terlelap sebab megantuk sangat. Disebabkan masa aku pergi sana, baru je habis hujan dan semestinya lah kunang-kunang kurang. Tapi tak apa, still ada la jugak untuk dilihat sementara bulan menerangi dan menemani perjalanan kami.
Selesai aktiviti malam tu, semua dok merungut guling-guling dekat lantai lapar. Kebetulan ada pasar malam, apa lagi ligat la semua pegi cari makanan sebab malu nak mintak makan malam dekat mak ayah angkat. Kene la terima junior yang perut macam tong gas ni.
Sambung lagi untuk hari seterusnya. Aktiviti apa tu? mestilah jungle tracking dengan explorace!
See you guys.
Yang Benar,
Discreet
#Dengar lagu Agnes Monica- Rapuh. Teringat dia yang jauh tu.... :(












0 comments