Homestay Kg Temenin Baru: Part 2
10:01:00
Luckily, aku dah jumpa semua gambar untuk trip ni. Happy la aku sampai beli coklat banyak-banyak makan sorang :). Semalam boleh pulak time aku nak kemas beg (pergi Krabi uolss) , boleh pulak lipas hinggap dekat muka aku tiba-tiba. Memang ak jadi the hulk ar jadinya, dush dush dush. So kita start la apa lagi.
Kami gerak hari khamis malam sebab tau la kan, Perak dengan Johor tu dah macam padang jarak padang terkukur. Jadi kami kumpul dekat kolej lebih kurang pukul 10 malam sebab nak angkut barang-barang, cik minah semua naik bus. Nak tunggu depa ni sampai ni satu hal, tak tepati masa. Baik kome pi capati janji korang dengan mamak "Anee, capati satu janji cepat siap" hahaha.
| Urus setia Trip. |
| Terkandas pulak! Aishh... |
Bus datang lambat satu hal memang panas kepala otak aku. Pastu rosak tengah jalan then tuka bas yang lain. Time ni semua dah jadi seladang nak sondol drebar bus tu. Tapi sabar punya sabar , akhirnya sampai jugak rombongan cik minah ke Kota Tinggi, Johor Baharu. Tour organizer memang lega la sebab besok tengahari sampai dekat homestay dengan selamatnya walaupun lambat. Lupa nak terangkan, gambar atas tu ahli-ahli rombongan cik minah ke Kota Tinggi, yang awek-awek cun angkat kotak tu Tour Organizer yang handel trip ini dengan lancar dan jayanya hihihi., dan gambar bus tulah yang berbakti merosakkan diri ditepi jalan perumahan(sedih dan meratap).
Sesampai kami dekat Homestay Kg Temenin Baru, terus disambut dengan kompang dan mak ayah angkat kami masing-masing tapi masa ni tak tahu lagi mana mak ayah angkat. Turun je bus terus semua berebut nak beg masing-masing. Hish yang kelam kabut nak ambik beg sangat tu dah kenapa?ada saka dalam beg tu takut terlepas lari? Sabar sabar, nanti tak macho kalau aku bebel nanti hahaha.
| Ketua Kampung kot! |
| Mak-mak dekat sini memang suka gosip ok! |
| Senyum melebo hang Aini. |
Ni semua dekat dewan serbaguna terbuka uolls. Aircond tak ada ye dekat sini. Nak aircond? Bawak beg, beli tiket bus balik rumah korang. Sini nak hidup kene hidup cara budak kampung. No water heater semua tak ada. Semua dekat sini manual no automatik. Yang tengah berbicara tu tuan speaker parlimen, cewahhhh. Bukan la, itu pengerusi kampung tu merangkap ketua Homestay Kg Temenin Baru. Time aku turun dari bus, geng-geng mak cik tu dok perati je budak lelaki. Amboi mak-mak, gatai naaaa. Tau la kami lelaki-lelaki ni banyak handsome, segak, cute ahhh semua lah. Jangan la pandang-pandang kami sesungguhnya kami ni pemalu bahkan menjaga kelakuan demi bakal isteri kami. Gelekkkkkkk hahahaha. Aku tu yang baju putih tengah bergambar dengan legend roti canai. Malangnya aku tak dapat nak belajar macam mana nak tebar roti canai :'(.
Sesi pengagihan anak-anak pelarian dari Perak ke Johor. Tolong kami mak ayah, kami tak makan lagi dan mengidam asam pedas orang Johor :(.
| Merenyam la Syahar tu dapat mak angkat muda. HAHA! |
| Depa ni aku x tau la nak cakap apa. Memang jenis penyegan orangnya. |
| Budak kelas aku ni. Depa kata mak depa masak sedap. Patut la nak balik meraung. HAHA |
Lepas habis sesi bergambar dan sesi mengaku anak-anak angkat yang dah besar panjang ni, kami dibawa pulang dan bermula detik-detik mencabar hidup sebagai anak-anak kampung ciplak Kg Temenin ni. Rumah mak ayah angkat aku sempoi, ada reban ayam yang besar, itik la, burung la dan ada pak belang yang menjaga rumah kami. Tak payah guna cctv, guna pak belang je. Mula-mula agak ketar kepala lutut ni nak bagi makan, tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku dengan pak belang.
First aku masuk rumah mak ayh angkat aku dengan kawan aku sorang lagi, nama dia Zul yang sememangnya awkward sepanjang masa. Not bad astro ada, bilik selesa dan tandas dia ada burung pulak dahhh. keje nak ngendap orang mandi burung tu, nasib aku tak penampo kau. Selesai kami berdua mandi semua lah, maklumlah tak mandi lagi tu yang berebut nak mandi tu, Mak kami panggil suruh makan. Terbaik lauk-lauk dia, nasi putih, ikan masin, pucuk masak lemak dengan ulam. Time ni aku awkward sebab bab makan memang aku susah nak makan makanan kampung. So ak gagahkan makan ikan masin yang sememangnya bukan selera aku dan demi menyahut cabaran "back to our culture", aku makan jugak!!!
| Haipp Miss! Suke bebeno nampak! |
Amboi posing nak rak eh combi? ehh yang pegang healer tu lecturer kitorang untuk subject HTT310 Tour Guiding Skills (yang kami buat trip ni laa). Rumah yang cantik warna merah tu adalah salah satu homestay yang kami tinggal untuk trip ini. Cantik bak hang gerekkk sehhh haha.
Entry seterusnya aktiviti petang akan bersambung secepat mungkin sebab mata aku dah kuyu macam mata penyu nak beranak. Adiosss hey waley waley hey waley waley.
#hari ni aku pegi open job day dekat Hotel Casuarina, Ipoh, Perak. Saja nak gain experience memandangkan aku pun nanti nak sambung degree. Doakan aku dapat. Amin. :)

1 comments
amboiii kau, ngutuk aq erk hahaha
ReplyDelete